Thursday, 28 April 2011

Taubat - Titisan Airmata Keinsafan (Amalan & Penghayatannya)


Perjalanan hidup ini penuh ranjau yang berduri, menusuk setiap celah-celah dan langkah kehidupan, kadangkala menjadikan kita terlupa bahawa setiap goresan parutnya meninggalkan bekas yang sukar dihilangkan. Begitulah bentuk dosa dalam mewarnai diri kita sehingga kita sukar untuk menepisnya, akhirnya ia kekal menjadi milik kita.
Insan yang telah merasakan manisnya iman, mereka sangat benci dengan maksiat dan dosa, sebaliknya bertambah rindu ingin berjumpa dengan Allah SWT. Setiap kali ia menyebut asma Allah airmatanya menitis bercucuran membasahi pipi dan terbayanglah betapa besar rahmat Allah dan betapa keras seksaanNya. Mereka sentiasa bertaubat, baik ketika senang mahupun ketika susah, dengan cara demikian dapat membimbing jiwanya ke arah keredhaan Allah.
Jadikanlah keinsafan dan titisan airmata di dunia ini sebagai penawar untuk memadamkan panas api neraka di akhirat nanti. Semoga taubat kita tergolong dalam taubat nasuha, insya Allah.


Wednesday, 27 April 2011

Keinsafan Dalam Diri

Manusia dicipta oleh Yang Maha Kuasa sebagai penuntut
Di muka bumiNya untuk menuntut
Pengajian ilmu-ilmu menghadapi hari akhirat
Yang pasti akan menjelang tiba
Tanpa pengetahuan siapa pun
Kerana kedahsyatan hari akhir zaman itu adalah rahsiaNya!

Al-Quran dan As-Sunnah dibekalkanNya
Sebagai guru yang akan memberi panduan dalam kehidupan
Penuntut-penuntut yang menuntut ilmu
Untuk memperoleh kejayaan yang abadi
Dengan genggaman sijil di tangan
Syurga neraka bakal menentukan masa depan setiap penuntut!

Sebelum memperoleh sijil kemenangan
Banyak destinasi yang perlu dilawati oleh setiap penuntut
Penuntut perlu menziarahi universiti alam barzakh
Selepas kematian datang menjemput setiap penuntut
Lambat atau cepat tak siapa yang tahu
Kalimah ‘syahadah’ penentu kejayaan menghadapi sakaratul maut!

Penuntut perlu meneruskan perjalanan seterusnya
Selepas dibangkitkan semula daripada kematian
Dan dihimpunkan semua penuntut di padang Mahsyar
Tanpa sebarang pakaian dan alat solek
Dengan keadaan matahari terik sejengkal di atas kepala
Tersenyum dan gelisah hanya amalan setiap penuntut yang tahu!

Penuntut yang beramal soleh dan beriman
Akan sentiasa senyum tanpa sebarang resah
Sebaliknya penuntut yang kufur dan tidak beriman
Akan merasa resah dan gelisah serta takut
Kerana menunggu hari penantian yang bertahun-tahun lamanya
Untuk mengambil sijil padang Mahsyar!

Al-Mizan menjadi penentu arah kehidupan
Penimbang segala ilmu yang telah penuntut amalkan
Berat amalan baik akan menerima ganjaran syurga
Berat amalan jahat akan menerima balasan neraka
Saat inilah buku-buku amalan para penuntut diberi kepada pemiliknya
Buku yang selama ini menjadi catatan para Malaikat!

Titian As-Sirat menjadi destinasi terakhir para penuntut
Bakal menentukan masa depan setiap penuntut di bumi akhirat ini
Syurga berada di hujung titian
Api marak Neraka pula berada di bawah titian
Semoga para penuntut dapat meniti As-Sirat dengan jayanya
Agar kemenangan mendapat Syurga menjadi kejayaan idaman buat para penuntut!



kata-kata bumi kepada manusia


bahawa saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia.

Berkata Anas bin Malik r.a. ``Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia sepuluh perkara:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah!
Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah!
Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
kuh di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di
belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah!
Engkau akan keseorangan di dalam perutku.




Cukupkah Keinsafan ini


 
Andai bahasa ini tidak lagi sampai ke telinga tuhan
Akan aku ambil kuku yang berdarah
Untuk menulis surat cinta pada-Nya
Agar dia faham
Maksud munajat yang terabai.

Setiap detik aku melukis jalan untuk dipilih
Tapi hitam tetap ditangan
Sehingga gelap seluruh siang
Dalam panas mentari dunia.

Hati ini bukan mati dalam alpa
Tapi tersekat dek panah duniawi
Melihat kuasa, harta sesemesta
Pesta liar seluruh malam hingga fajar
Ketawa hilai amat menggoda
Lalu seketika aku terbendam dalam fatamorgana.

Terlalu lama dalam riuh kesesatan
Tiba-tiba hati ingin kembali
Mencari damai yang hilang
Mencari tenang yang pudar
Mencari diri yang sesat.

Lalu pada malaikat aku kirimkan
Bicara insaf demi belas dari Tuhan
Tapi aku lupa….
Apakah niat ini mencukupi?
Apakah perbuatan memadai?
Adakah kesalan bermakna? 




Memahami kandungan al-Quran lahir keinsafan

Memahami kandungan al-Quran lahir keinsafan Oleh Mohd Shukri Hanapi MEMBACA al-Quran sama ada dilakukan oleh orang yang memahami maknanya atau yang tidak memahami makna secara keseluruhan atau memahaminya setiap kalimah yang dibaca, tetap akan menerima ganjaran daripada Allah. Semuanya itu tetap dianggap sebagai ibadah. Begitu pun, balasan atau ganjaran yang diberi adalah berbeza, bergantung kepada ciri atau adab tingkah laku seseorang yang membacanya. Pahala orang yang berupaya memahami makna yang tersirat dalam kalimah Allah, menghayati dan berupaya mengambil iktibar serta patuh pada adab ditetapkan tidak sama dengan pahala mereka yang membacanya tanpa mengetahui makna, tidak berwuduk, tidak dalam keadaan menghadap kiblat dan sebagainya. Semuanya ini dapat difikir secara logiknya oleh akal. Adab zahir pula begitu banyak dan perlu dipatuhi antaranya: Membaca al-Quran hendaklah dalam keadaan bersih dan berwuduk. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali makhluk-makhluk yang diakui bersih suci." (Surah al-Waqi'ah, ayat 79). Al-Quran hendaklah diambil dengan tangan kanan, sebaik-baiknya hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Al-Quran hendaklah dibaca di tempat yang bersih, seperti di rumah, di masjid atau lain-lain tempat. Paling utama ialah di masjid. Mulut hendaklah bersih, tidak berisi sisa-sisa makanan, kerana itu seseorang itu hendaklah bersugi sebelum itu. Disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan menghadap kiblat. Membacanya dengan penuh khusyuk dan tenang. Dalam masa yang sama orang yang membaca hendaklah berpakaian yang bersesuaian. Sebelum membaca, seseorang itu hendaklah memohon perlindungan daripada Allah. Permohonan ini diistilahkan sebagai 'at-Ta'awwuz' . Selepas itu barulah membaca 'Bismalah'. Dilakukan demikian supaya ia dilindungi Allah daripada tipu daya iblis dan syaitan yang boleh menyebabkan hati dan fikiran tidak tenang ketika membaca al-Quran. Elok juga seseorang itu memohon kepada Allah supaya hatinya menjadi terang dengan doa yang bermaksud: "Ya Allah, bukakan bagi kami hikmat-Mu dan anugerahkan rahmat-Mu kepada kami dari khazanah-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang." Al-Quran hendaklah dibaca dalam keadaan tertib, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang. Firman Allah bermaksud: "Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. " (Surah al-Muzzammil ayat 73). Sesungguhnya amalan ini banyak memberi kesan kepada jiwa, lebih mendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat kepada Allah yang menguasai sekalian alam. Bagi mereka yang berupaya menguasai makna dan maksud ayat yang dibaca, mereka hendaklah membacanya dengan penuh perhatian dan penghayatan. Cara pembacaan seperti ini yang dikehendaki. Lidahnya menuturkan bacaan kalam Allah, hatinya turut memerhatikan dan memikirkan erti juga maksud yang terkandung dalam ayat tadi. Dengan berbuat demikian ia akan memperoleh penghayatan bacaan yang sebenar. Keadaan seperti ini akan mendorong untuk mengamalkan isi al-Quran. Dalam surah al-Nisa', ayat 82 ada dijelaskan: "Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya." Mereka yang dapat memahami kandungan al-Quran akan berupaya melaksanakan segala ajaran yang terkandung di dalam ayat yang dibaca. Ketika membaca pada ayat tasbih maka lidahnya akan menyebut 'tasbih' dan 'tahmid' (memuji). Apabila membaca ayat doa dan istighfar, maka pembaca akan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah. Apabila membaca ayat azab, dia akan memohon perlindungan Allah dari segala azab dan apabila membaca ayat rahmat, dia akan meminta rahmat, begitulah seterusnya. Ia boleh dilakukan dengan ucapan lidah atau hanya dalam hati saja. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Ibn 'Abbas bahawa Rasulullah SAW apabila membaca ayat: "Sabbihis marabbikal-a' la, Baginda membaca Subhana Rabbiyal-a'la (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi)." Jelasnya, ketika membaca al-Quran seseorang itu hendaklah membaca dengan penuh penghayatan, terutama oleh mereka yang memahami maknanya secara terperinci atau secara keseluruhan, lebih-lebih lagi pada ayat yang menggambarkan nasib orang yang berdosa betapa hebatnya seksaan yang akan dilalui. Dengan demikian bacaan yang dituturkan dengan lidah itu akan melahirkan keinsafan membolehkan si pembaca lebih menghayati keagungan Allah, terasa dirinya begitu kerdil. Dari sinilah lahirnya rasa takut kepada Allah. Biar dalam keadaan apa sekali pun, kesan terhadap pembentukan peribadi orang yang membaca dengan pemahaman makna dan dapat mengambil iktibar daripada apa yang dibaca, tentunya berbeza dengan orang yang membaca al-Quran tanpa mengetahui makna dan penghayatan.    


Tuesday, 26 April 2011

Sajak Mengintai Ruang Keinsafan


  1. Semakin berat kejahilan terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu Sewaktu berlari di padang hidup kerap kakiku tersadung selirat akar Tubuhku tercalar duri pidana moga pintu pada samar kejauhan ancala mulia makin kabur Dan menghilang Sekadar songsong aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna, “ Apakah dalam saraf khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?” Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala. -Shukri Abdullah-
  2. FRASA MAKSUD Kejahilan Perihal jahil, kebodohan Selirat Berjalin-jalin dan kusut Pidana Kejahatan, kesalahan jenayah Ancala Gunung Songsong Berlawanan/bertentangan arah Aksara Huruf,angka dan lain-lain yang dapat digambarkan dengan kod komputer. Khilaf Salah
  3. RANGKAP 1 Penyair berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya terhadap Allah, semakin jauh dirinya daripada mendapat rahmat Allah. RANGKAP 2 Penyair berasakan bahawa dirinya selalu menderita dalam hidup dan tidak mendapat kemuliaan disisi Allah. RANGKAP 3 Tanpa mempersoalkan ketentuan takdir,penyair melontarkan beberapa persoalan kepada dirinya bahawa, ‘ Masih ada lagikah ruang untuk dirinya memperbetulkan kesilapan dan diberikan peluang untuk bertaubat? ’ RANGKAP 4 Penyair berdoa dan berharap semoga pintu taubat untuknya dibuka oleh Allah sebelum imannya menjadi goyah.
  4. Rasa keinsafan dan kehambaan kepada Pencipta. Orang yang bearsa dirinya banyak melakukan kesalahan biasanya amat bimbang dan pengampunannya tidak diterima Allah
    • Manusia yang banyak membuat dosa akan jauh daripada rahmat Allah.
    • Manusia akan menderita sekiranya tidak mendapat darjat disisi Allah.
    • Peluang untuk bertaubat masih terbuka untuk semua manusia sekiranya mereka benar-benar ingin bertaubat.
    • Dengan berdoa manusia akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah.
  5. RANGKAP 1 Terdiri daripada empat baris perkataan dengan jumlah perkataan antara dua hingga tiga perkataan setiap baris. RANGKAP 2 Terdiri daripada enam baris perkataan dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal RANGKAP 3 Terdiri daripada lima baris perkataan dengan tiga baris akhirnya yang merupakan baris dialog. RANGKAP 4 Terdiri daripada tiga baris perkataan dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal .
    • a) hiperbola (perbandingan secara berlebih-lebihan)
    • contohnya:-
    • tubuhku tercalar duri pidana
    • b) Metafora (biasanya mengandungi dua patah perkataan. satu darinya bersifat abstrak dan satu lagi bersifat konkrit)
    • contohnya:-
    • sewaktu berlari di padang hidup
    • tanpa kembali ke tunjang makna
    • c) Dialog
    • contohnya:-
    • “ Apakah dalam saraf khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?”
    • d) Penggunaan bahasa asing
    • contohnya:-
    • ancala = gunung
    • rabb = gelaran untuk Allah
    • Asonansi – s e makin b e rat k e jahilan (pengulangan vokal e )
    • Aliterasi – k e r ap kakiku te r sadung seli r at aka r (pengulangan konsonan r )
    • iii) Rima akhirnya bebas.
  6. KEINSAFAN Penyair mempunyai nilai keinsafan diri yang mendalam untuk memohon taubat dan keampunana Allah. TAWADUK Ketika memohon keampunan Allah, sifat tawaduk itu sangat penting bagi melambangkan kesungguhan kita untuk bertaubat. KESEDARAN Penyair sedar bahawa dirinya telah melakukan banyak kekhilafan dalam kehidupan
  7. Tepak sireh di tengah juadah, Tikar mengkuang tegak berdiri, ‘ Presentation’ kami tamatlah sudah, Tiba masanya mengundur diri. Merah berkilau lembayung senja, Angin petang badainya sepi, Jika ada tersalah bicara , Maafkan kami yang hina ini.

Keinsafan Diri


 
 
Sesungguhnya masa berlalu begitu pantas. Tup2 da nk bes aku nye internship. Da week ke 24 da n tggl 2 bln je lg nk bes. Dlm masa berkerja nih, aku terase sangat kerdil. Aku tatau kenapa aku berasa begitu. Dan dalam masa internship ni jugak byk benda yg jadik. Terlalu byk sehingakn aku tatau kenapa ianya berlaku berturut2 dan tatau apa yg harus aku buat. Semuanya berlaku begitu cepat. Tahun 2006.. Byk perkara yg tak diingini berlaku dalam tahun ini. Aku tatau apakah aku sorg yg merase begitu ataupn sumer org merase begitu. Bagi aku tahun ni byk perkara yg aku x sangka. Dan tahun ni gk aku byk belajar erti kehidupan. Belajar camne nk jadi manusia yg berguna, manusia yg berfikiran matang dan berpandangan jauh. Sesungguhnya org sekeliling byk mengajar aku erti kehidupan yg sebenar.

Aku tatau nape arini aku byk berfikir. Berfikir tentang diri sendiri, tentang mase lepas dan mase depan, tentang family, tentang org yg aku sayang dan macam2 lg. Berfikir apekah kesudahan hidup aku skang nih. Sumtimes aku nak sgt tgk diri aku pade mase depan. Adekah aku idup bahgia? Adakah aku gembira ngn idup aku? Apa yg aku jadi pada masa depan? hmmm.. Aku tau tu sume xkn dpt aku lihat. Aku yg patut create masa depan yg aku nk. Aku yg patut buat masa depanku sebahgia mungkin. Tp aku tatau ape yg harus aku lakukan utk menjadi sebegitu. Kalaupn aku tau, aku tatau adakah aku mampu utk lakukannye. Sesungguhnya aku sgt lemah!!~

Bercerita tentang kisah percintaan, aku teringat cerita tragis yg aku bace dr blog jamie arini. Sungguh tragis ape yg telah berlaku. Apa yg dialami oleh jamie pernah terjadi pada aku dan aku sempat menyelamatkn nya. Namun segala2 nya tdak lame. Akhirnya kesudahan tetap jua begitu. Aku cukup tertarik dengan nasihat2 yg diberikan oleh rakan2 ku. Sesungguh nya nasihat itu amat berguna. Dari nasihat itu aku dapat menyedarkn diri aku sendrik dalam menjalani hidup bercinta. Walaupun da 2 kali aku keceper dalam percintaan, tp aku nk gk becinta. huhu. Tp aku tatau kenape kini aku rase aku da x larat nk becinta. Terase penat nk mencari cinta, mencari dan menjadi mangsa cinta~ Maybe da smp mase utk aku berehat dlm bidang nih. Cukup la dengan 2 kali pengalaman yg aku terima dari 2 orang yg berlainan perangai, attitude, background n etc. 2 kali becinta ni byk mengajar aku erti hidup yg sebenar. Walaupn tidak byk perkara yg berlaku tp byk yg aku tempuh utk memberi kebahgiaan dalam hidup aku sendiri.

Hidup ini memang penuh dengan cabaran. Kita tidak akan lepas dr dugaan dan cabaran. Terlalu byk dugaan yg harus ditempuhi utk menghadapi hidup yang mendatang. Terlalu banyak.. Sehinggakn pada suatu masa aku rebah dan jatuh.. Rebah dalam dugaan yg diberikan. Jatuh dalam melawan arus kehidupan dunia. Sesungguh nya aku tidak kuat utk menempuh segala2nya. Aku sedar aku seorang yg lemah. Aku sedar aku tidak kuat. Aku sedar aku perlukan bimbingan. Tp dr siapa? Siapa yg dapat membantu aku utk meneruskn kehidupan? Siapa yg dpt membimbing aku utk mencari apa yg aku nak dan perlukan? Siapa?? hmmm.. Segala persoalan mmg susah utk dijawab sendirian. Adakah org lain dpt memberikan jawapan kepada segala persoalan dibenakku kini? Aku tidak tau~ Mungkin ade manusia yg dpt memberikan jawapannya dan mungkin juga tidak. Mungkin aku menerima dan mungkin juga tidak. hmmmmmm~

Dan mlm nih aku rebah. Rebah dalam imaginasiku sendiri. Rebah dalam pemikiran ku sendiri. Rebah dalam hidupku sendiri. Terlalu banyak berfikir pn tak elok jugak kn. huhu. Akhirnya aku redha. Redha dengan ape yg akan terjadi pada diri ku sendiri. Redha dengan kehendakNya. Akan aku terima dengan tabah walaupun ia menyakitkn. Sesungguhnya aku harus kuat dalam menempuh segala2nya. Akan aku bina kekuatan diri utk mengharungi dunia yg penuh liku. "Wahai kawan, keluarga, org tersayang.. Tolong lah aku. Bantu la aku. Sesungguhnya aku memerlukan kamu semua utk membantu ku".. Tinggallah soalan.. Tinggallah duka.. Tinggallah masalah. Akan aku kembali kepada korg keesokan hari. Biarlah mlm ni aku tidur dengan aman. Berilah masa utk aku berehat.. Rehat dr sumer ni. hmmmm~